Tarikh: 16 Mac 2023
Masa: 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Tingkat Bawah, Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor, Shah Alam
Exco Kerajaan Tempatan, YB Tuan Ng Sze Han telah melancarkan majlis perasmian Garis Panduan Pendaftaran Dan Pelesenan Perniagaan Dalam Talian Negeri Selangor. Majlis ini bertujuan untuk memberi pemakluman kepada orang ramai mengenai pelesenan perniagaan dalam talian dan ia selari dengan arus globalisasi semasa.
Dengan adanya garis panduan ini,para peniaga boleh mendapatkan lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan dan dapat membantu peniaga untuk mengembangkan perniagaan serta memberi keyakinan kepada pelanggan.
Jabatan Pelesenan dan Penjaja di semua PBT negeri Selangor telah diarahkan untuk membuka ruang pameran infografik supaya dapat memberi penerangan serta info dengan lebih lanjut mengenai tatacara permohonan lesen dalam talian serta jenis-jenis aktiviti perniagaan yang boleh dimohon.