26 Jun 2023, Jabatan Bangunan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan lawatan teknikal ke Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat serta perkongsian ilmu di antara Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan penguatkuasaan, pemantauan dan aduan Jabatan Bangunan.
Lawatan teknikal tersebut diketuai oleh En. Mahamad Hanib bin Mohd Nor (Arkitek), Pn. Roziayana binti Ab Rahim (Pen. Peg. Senibina Kanan) dan En. Mohd Affendey bin Mohd Amin (Pen. Peg. Senibina). Lawatan teknikal ini, telah disambut oleh Pengarah Jabatan Bangunan iaitu Ar. Dr. Hjh. Bibi Khairani binti Mohammed Sabri, Pn. Zakiah Hani binti Ahmad Bustamam, Penolong Pengarah Kanan dan Sr. Ts. Zakaria bin Ehsan, Penolong Pengarah dari Jabatan Kawalan Bangunan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Unit Integriti MPS di atas kesudian menerima lawatan dari Unit Integriti MPKj. Terima kasih juga di atas perkongsian ilmu serta pengalaman dalam penyediaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) di MPKj.