TARIKH: 7/11/2023 (SELASA)
MASA: 8.00 PAGI - 1.00 TGH HARI
LOKASI: AUDITORIUM, MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH, MELAKA.
TAJUK: TATACARA KERJA-KERJA PENILAIAN YANG BELUM ATAU SEDANG DILAKSANAKAN BAGI PENYEDIAAN PERANCANGAN KERJA KE ARAH BANDARAYA
Taklimat disampaikan oleh Sr Tn Haji Mohd Nasir Bin Bakri (Pengarah Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MBMB, turut serta beberapa orang kakitangan Jabatan Penilaian MBMB iaitu Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, Pegawai Penilaian, Penolong Pegawai Penilaian Kanan, Penolong Pegawai Penilaian, Pembantu Penilaian dan Pembantu tadbir. Antara perkara-perkara penting yang diberi taklimat adalah seperti Pelaksanaan Penilaian Semula, Membuat Pelaksanaan baru dalam penentuan cukai taksiran iaitu menggunakan Nilai Tambah yang sebelum ini mengunakan Nilai Tahunan, Kajian Aras Nilaian, Membuat pelaksanaan cukai taksiran Menara Telekomunkasi, Pelaksanaan cukai taksiran paip gas, Pylon TNB dan harta-harta TNB yang lain, Tatacara penguatkuasaan sumbangan membantu kadar, Nilaian Caj Pemajuan, Membuat pindahmilik harta dalam cukai taksiran (Borang I) secara online dan sebagainya.